.::Groundtech::.     |   home
::Hackers Manifest0::   |   ::ReLaTeD LiNkS::   |   ::C0nTaCt Us::   |   ::Ch0rd::   |   ::Hackers Daily News::   |   ::Tips And Tricks::   |   ::Script::   |   ::ska::   |   ::Trance Music::   |   ::Ringt0nes::   |   ::n0kia Cheat::   |   ::Galeri::   |   ::Bi0data slash::   |   ::k0mik::   |   ::realslayer::   |   :: oldskool ::
::ska::
SKA..SKA..SKA..SKA..SKA..SKA

Sejarah Awal Ska.

Perang Dunia Kedua merupakan antara faktor-faktor yang telah mencorakkan evolusi muzik ska. Selepas perang tersebut berakhir, kuasa empayar British terhadap koloni-koloninya termasuklah Jamaica, semakin lemah. Ketika itu orang-orang Jamaica mula bersemangat untuk mendapatkan kemerdekaan. Sikap optimis dan laungan ingin bebas mula mengisi budaya dan muzik mereka, tambahan pula muzik bagi mereka adalah satu bentuk interaksi sosial paling murah dan berkesan. Pada masa yang sama pengaruh muzik Amerika seperti R&B dan jazz mula menular di negara tersubut menerusi beberapa stesen radio tempatan. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang-orang Jamaicatidak mampu memiliki radio yang baik yang membolehkan mereka menikmati muzik tersebut secara terang dan jelas. Oleh sebab itu, ‘dancehall’ atau dewan tari-menari yang dilengkapi sound system menjadi tempat terbaik bagi orang Jamaica yang ingin mendengar stail dan bentuk muzik terbaru. Kebanyakan ‘dencehall’ ketika itu dibanjiri pelbagai stail muzik termasuklah mento ( muzik asli Jamaica Yang menggabungkan calypso Caribbean dan folk ), R&B, blues, swing, jazz serta pocomania yang mana kesemuanya merupakan elemen-elemen asas membentuk ska. Namun begitu pengaruh Amerika ternyata paling mendominasi dan ini terbukti apabila band-band seperti Eric Deans Orchestra sering mempersembahkan lagu-lagu yang dipengaruhi artis-artis Amerika seperti Wynonie Harris, Louis Jordan, Count Basie, Duke Ellington, Glen Miller dan Woody Herman. Selain itu para ‘tokei’ sound ssytem (biasanya penerbit atau pemilik studio rakaman) pula sentiasa bersaing sesama sendiri dan sanggup terbang ke Amerika semata-mata untuk mendapatkan lagu-lagu terbaru atau rekod-rekod yang ‘rare’ (sound system di sini bermaksud rangkaian peralatan show, penerbit band studio. Perlu diingat sound system adalah media terpenting evolusi muzik ska!)

Band-band yang memainkan muzik mento-folk-calypso menjadi semakin aktif di Jamaica pada sekitar 50an. Lewat 50an pula menyaksikan elemen-elemen jazz, R&B dan mento digabungkan sehingga terhasilnya shuffle, sejenis muzik baru yang dipopularkan oleh Neville Esson, Owen Gray, the Overtakers dan the Matador Allstars. Dalam pada itu, senario muzik Amerika pula telah diserang dengan kegilaan rock ‘n’ roll. Rock ‘n’ roll menjadi terlalu popular sehinggakan sound asal R&B dan jazz seolah-olah tenggelam. Sebaliknya orang-orang Jamaica tidak menerima rock ‘n’ roll dengan positif. Mereka menganggap muzik itu mengelirukan, tambahan pula ia sebenarnya mencerminkan identiti generasi muda kaum kulit putih Amerika. Selain itu mereka merasakan agak sukar untuk menari dan bergembira mengikut rentak rock ‘n’ roll. Tambah malang, material-material R&B, jazz, swing dan sebagainya semakin sukar untuk diperolehi dan ini memaksa para pencipta muzik di Jamaica mencari alternatif baru.
KEMUNCULAN SKA (First Wave of Ska)

Perang Sound System

Sekitar pertengahan dan penghujung 50an gerakan mencari alternatif muzik baru giat dilakukan oleh syarikat-syarikat rakaman. The Jamaican Broadcasting Corporation pula menggalakkan kemunculan bakat-bakat baru menerusi siaran-siaran radio. Dalam tempoh itu jugalah muncul dua nama besar yang menjadi pemangkin perkembangan sound system dan seterusnya mencetus kepada kuwujudan ska, iaitu Duke Reid dan Clement Seymour Dodd. Jika dibandingkan, Clement Dodd lebih menyerlah daripada Duke Reid aka “The Trojan”. Dengan sound system ‘The Coxsone Downbeat’, Dodd dikatakan antara individu terawal yang memberi idea untuk membentuk satu sound dan stail baru daripada mento, jazz, R&B dan sebagainya yang sedap khusus untuk sound systemnya. Ideanya dikongsi bersama Cluet Johnson, pemain bass Clue J & the Blues Blaster, sebuah band ‘dance’ yang terkenal pada masa itu. Pengikut Dodd dan ‘The Coxsone Downbeat’ merupakan kelompok peminat muzik paling ‘heppening’ di Jamaica. “Love Skavoovie!!” pula diibaratkan seperti ‘ucap selamat’ yang pasti dilaungkan oleh Cluet Johnson kepada kelompok ini setiap kali bandnya mengadakan persembahan (ada yang berpendapat nama “ska” adalah singkatan perkataan “skavoovie” itu.) Dodd dan reid sering ‘berperang’ atau beradu kehebatan sound system masing-masing. Mereka sering berlumba-lumba untuk menghasilkan rekod-rekod yang ada sound-sound unik. Rekod-rekod tersebut dikenali sebagai “specials” kerana setiap satu hanya memuatkan beberapa buah track yang tidak berlabel langsung dan dibuat khas untuk tokei sound system yang mengeluarkan belanja rakaman itu sahaja. Perang sound system ini kadang kala melampaui batas, yang mana ada untuk membuat kacau di parti-parti yang dibuat oleh pesaingnya. Pengacau-pengacau ini digelar “Dance Hall Crashers!”. Agak sukar menentuka siapa sebenarnya pelopor muzik ska di Jamaica. Ini adalah kerana kebanyak penerbit atau pemuzik Jamaica yang aktif seperti Dodd, Duke Reid, Dennis “Ska” Campbell, Vincent “King” Edwards, Justin “Philip” Yap, Vincent “Randy” Chin, Tommy McCook dan Lauren Aitken masing-masing ada memberi sumbangan dalam evolusi ska. Namun pada tahun 1962 ketika Jamaica masih lagi meniru stail Amerika, Cecil Bustamente Campbell atau kemudiannya dikenali sebagai “Prince Buster” berjaya merealisasikan dan memberi definasi sebenar muzik ska. Prince Buster telah mencadangkan gitarisnya, Jah Jerry, supaya menekan “afterbeat” dan bukan “downbeat” dalam sejenis muzik baru yang kaya dengan fusion pelbagai stail dan sound termasuklah mentor, R&B, shuffle, nyabhingi, pocomania, Afro-Cuban, jazz dan swing. Fusion yang memberikan penekanan terhadap “afterbeat” inilah yang dikatakan SKA!. Selain memiliki sound system sendiri (‘Voice of The People’), Prince Buster ialah artis Jamaica pertama yang berjaya menghasilkan hits di peringkat antarabangsa (beliau juga menandatangani “licensing deal’ bersama label England ‘Bluebeat’ yang kemudiannya mempopularkan ska Jamaica di seluruh Eropah). Ska seterusnya menjadi muzik komersil pertama Jamaica dan dinobatkan sebagai muzik dan tarian rasmi negara itu. Selain itu, ada lagi pengaruh utama perkembangan ska, dan band yang dimaksudkankan adalah, The Skatalites. Band ini dianggap sebagai “Godfathers”, band ini pernah menjadi band tetap di Studio One kepunyaan Clement Dodd serta pernah bekerja untuk Duke Reid dan Prince Buster. The Skatalites, yang pernah digelar “The Dream Team of Ska”, turut mempengaruhi kemunculan ska generasi baru iaitu “Two Movement” dan mengasaskan “Third Wave Ska Revival” pada lewat 80an di Amerika.
Rude Boys Mengganas, Ska Tertumpas?
“Them a loot, them a loot
Then a wail, at Shanty Town
When rude boy deh ‘pon probation’
The rude boy a bomb up the town.”
(Desmond Dekker-“007 Shanty Town”)

Sekitar tahun 1964-1967, Jamaica dilanda pelbagai masalah politik dan ekonomi, selain tercetusnya isu imigran dan perkauman, kebanyakan anak-anak muda menjadi penganggur. Mereka telah berhijrah ke Kingston untuk menceburi bidang muzik pula menjadi hampa kerana tiada pekerjaan yang dapat menjamin masa depan mereka sehingga mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti keganasan dan jenayah, termasuklah mencari duit dengan menjual ganja. Golongan anak-anak muda yang miskin dan merasakan diri mereka terpinggir tidak lagi bersikap optimis seperti pengikut ska terawal dan mula membentuk satu ‘subculture’ yang bergelar “The Rude Boys” (Rudies). Selain dikaitkan dengan pelbagai aktiviti ‘outlaw’, identiti Thhe Rude Boys dapat dikenali melalui pakaian lusuh dan seluar pendek mereka (seperti band English Beat Toaster Rankin’ Roger pengikut stail ini). Muzik ska juga turut mengalami perubahan dengan adanya unsur-unsur The Rude Boys. Jika dulu bass-notes dimainkan dengan stail yang bebas, kini ianya lebih agresif dan agak tension. Gerak tari ska juga berubah menjadi agak perlahan, tetapi posturnya kelihatan lebih ganas dan merbahaya seolah-olah ingin mengancam atau “memancing”, kata orang putih. Pada waktu itu, parti-parti polotik dan orang awam kebanyakannya menentang Rudies dan sebuah mahkamah ‘Gun Court’, telah diwujudkan untuk membicarakan sesiapa saja yang memiliki senjata api, terutama Rudies. Walaubagaimanapun, mereka yang terlibat dalam industri muzik pula memberikan reaksi yang berbeza terhadap The Rude Boys. Reaksi positif atau negatif mereka ini menjadi topik hangat dalam lagu-lagu ska waktu itu. Antaranya “Lawless Street” (The Soul Brothers), “Gunmen Coming To Town” (The Heptones), “007 Shanty Town” (Desmond Dekker) dan “The Rude Boys” (dihasilkan oleh Duke Reid dengan sound systemnya). Prince Buster telah mencipta satu karektor kyayalan bernama “Judge Dread” yang kononnya menjatuhkan hukuman penjara 400 tahun kepada Rudies yang ada senjata api. Clement Dodd pula menyokong beberapa pemuzik muda yang tergolong dalam The Rude Boys iaitu Peter Tosh, Bob Marley dan Bunny Wailer (The Wailers).

The Rude Boys terus heboh dipekatakan terutamanya apabila berlaku peristiwa keganasan dijalanan yang menyebabkan kerajaan Jamaica mengenakan perintah berkurung di sesetengah tempat di Kingston pada tahun 1966. Cuaca panas yang melampau pada ketika itu turut memburukkan lagi keadaan. Suhu ekstrim ini juga telah menyebabkan tempo muzik ska diperlahankan (kerana terlalu penat dan letih kerana tidak dapat mengiku rentak asal ska yang laju!). Pada penghujung tahun 60an, keganasan semakin berkurangan dan Rudies tidak lagi diperkatakan dalam ska. Rentak ska menjadi semakin perlahan sehingga muncul satu sound dan stail baru yang dinamakan ROCKSTEADY. Dengan kemunculan rocksteady, maka berakhirlah ‘First Wave of Ska’ dengan rasminya pada tahun 1968
PENGARUH “FIRST WAVE OF SKA” & KEMUNCULAN MUZIK BARU
ROCKSTEADY

Muncul secara rasmi pada tahun 1968. Ianya berentak lebih perlahan berbanding ska, bunyi bass yang lebih ketara serta menampilkan piano untuk menggantikan sound trombone. Lirik-liriknya menitikberatkan isu keharmonian.
Artis-artis era tersebut: The Heptones, Gaylads, Dominoes, Wailers, Alton Ellis, Melodians dan Desmond Dekker.

UK SKINHEADS / Oi (lewat 60an)

Golongan skinheads terawal di United Kingdom sebenarnya banyak meniru stail dan sikap The Rude Boys Jamaica dan antara antem-antem terawalnya ialah “Crazy Baldhead” (The Wailers) dan “Skinhead Train” (Lauren Aitken). Fasyen botak atau rambut yang panjangnya hanya setengah inci dan memakai fesyen ala ‘hardmod’ serta boots adalah antara identiti golongan ini. Mereka terkenal dengan sikap anti-Sosial, chaos dan pastinya muzik Oi! Yang menjadi media utama propaganda skindheads.

RASTA & REGGAE (lewat 60an)

Rasta atau reggae sememangnya berkait rapat. Muzik reggae muncul daripada rentak rocksteady yang semakin perlahan (“off-beat”). Liriknya menyentu isu politik , spiritual dan keagamaan, sama seperti yang dibawa oleh golongan Rastafarian.

Artis-artis: Bob Marley & The Wailers, Peter Tosh, Toots & The Maytals, Lee Perry, Jimmy Cliff, Gregory Isaacs, Black Uhuru, Burning Spear dan Sly & Robbie


::[REVOLUSI SKA BAHAGIAN KEDUA ]::

KELAHIRAN “BRITISH SKA”

  Ska mula diperkenalkan di England sekitar tahun 1962 selepas penghijrahan golongan imigran Jamaica ke negara tersebut. Kebanyakan golongan imigran tersebut adalah golongan Rude Boys yang turut membawa budaya skinhead serta mempengaruhi budaya kulit putih di England. Mula dikenali sebagai ‘Jamaica Blues’, ska di negara itu turut dipanggil ‘Blue Beat’ sempena dengan nama syrikat rakaman yang mempopularkan muzik itu. “My Boy Lolipop”- lagu ska nynyian Millie Small yang julung-julung kali menjadi ‘International hit’ pada tahun 1964. Lagu tersebut menampilkan harminika seorang anak muda pengikut English Mod yang bernama Rod Stewart.

   Ska pada masa itu amat popular dikalangan pengikut Mod (yang terkenal dengan imej kemas,bertopi ‘pork-pie’,dan kegilaan terhadap skuter yang ranggi) dan di antara lagu-lagu yang menjadi kegemaran mereka ialah “Guns of Navarone”-(The Skatalites), “Carry Go Bring Come”-(Justin and The Dominoes) dan “Rudy,A Message to You”-(Dandy Livingston). “The Israelites” yang dinyanyikan oleh Desmond Dekker mencatatkan sejarah sebagai lagu lagu hit nombor satu di Britain yang telah dirakamkan di Jamaica. Carta lagu-lagu ska sekitar tahun 1969 terus diduduki oleh lagu-lagu seperti “Monkey Man”-(Toots and The Maytals), “Long Shot Kick De Bucket”-(The Pioneers) dan “Liquidator”-(The Harry J Allstars) yang mana kesemuanya pernah dirakamkan di Jamaica beberapa tahun sebelum itu. “TWO-TONE MOVEMENT” DAN “SECOND WAVE SKA REVIVAL” Sekitar tahun 1977 telah berlaku perubahan besar dalam senario ska dan budaya skinhead di Britain. Pada masa itu, muncul pula skinhead kulit putih yang menggelarkan diri mereka ‘Naziskin’. Naziskin ini terdiri daripada mereka yang tergugat dengan kedatangan imigran kulit hitam dan mereka memegang fahaman ‘Fascist National Front’; fahaman yang bertindak ala-Nazi dan menyemarakkan sikap ‘xenophobia’ dan ‘White Power’.

   Di Amerika wujud puak yang sama iaitu ‘Boneheads (White Powe Naziskin)’ yang bergerak di bawah fahaman ‘The American Front’. Sebenarnya Naziskins tidak ada senario muzik yang mereka boleh banggakan, oleh sebab mereka ini suka menghuru-harakan gig-gig ska band-band “Two-Tone Movement”. “Two-Tone Movement” adalah titik tolak perkembangan tahap kedua ska atau “Second Wave Ska Revival”. Ia melambangkan gerakan penyatuan kaum oleh band-band ska yang terdiri daripada berbilang kaum. Era kebangkitan sumula ska ini bermula selepas tertubuhnya label “Two-Tone Records” oleh pemain kebod The Specials, Jerry Dammers. Nama label itu diambil sempena dengan ‘suit’ dua ton warna (hitam dan putih) yang dipakai oleh bintang-bintang ska ‘oldtimers’ (tahun 60an) dan juga dianggap sebagai melambangkan band-band pelbagai kaum dan warna kulit syarikat rakaman tersebut. Band-band Two-Tone sebenarnya amat bergantung kepada muzik, atitude dan falsafah “First Wave Ska”.

   Madness misalnya menamakan band mereka sempena lagu Prince Buster malah turut dengan versi cover beliau yang bertajuk “One Step Beyond”. Band itu juga pernah membuat versi cover “Wings of A Dove” yang dipopularkan oleh The Blues Buster dan juga The Wailers. Kebanyakan lagu-lagu era “Two-Tone” adalah lagu-lagu cover, namun sound skanya lebih variasi dan mempunyai unsur-unsur fusion punk dan reggae. Temponya lebi laju dan soundnya lebih padat dengan ‘horn section’ yang lebih besar berbanding dengan ska Jamaica yang asal. Populariti lagu-lagu cover pada ketika itu secra langsung telah mewujudkan banyak permintaan untuk versi-versi asal yang dirakamkan oleh artis-artis era “First Wave Ska”. Band-band ska era ini terdiri daripada belia-belia ‘working class’ dan mereka menulis lirik-lirik yang berkaitan dengan isu di sekeliling mereka; sekolah, kerja, politik, perkauman, jenayah atau ingin berhibur. Selain daripada The Specials dan Madness, band-band Two-Tone lain yang turut memeriahkan lagi “Second Wave” ini ialah The Opressed, Warzone, The Beat (aka The English Beat di Amerika),

    The Selecter dan The Bodysnatchers. Band-band ska yang wujud pada masa yang sama ialah Bad Manners, The Tigers, The Piranhas, Ska City Rockers dan The Akrylykz, tetapi mereka bukan di bawah label Two-Tone. Apa yang paling menarik pada era “Second Wave Ska Revival” ialah kemunculan WALT JABSCO, watak Rude Boy yang menjadi simbol rasmi ska. Ianya diambil daripada ‘trademark’ label Two-Tone Records yang direka oleh Jerry Dammers berdasarkan negatif gambar Peter Tosh pada kulit album The Wailing Wailers (1965). Walt Jabsco digambarkan sebagai imej Rude Boy baru yang ‘stylo’ atau ‘trendy’ mirip English Mod; lengkap memakai ‘suit hitam’, kemeja putih, tali leher hitam, topi ‘pork-pie’, ray-ban, stokin putih dan loafers hitam. Manakala imej Rde Girl sering berubah-ubah, tetapi yang nyata mereka suka mengenakan pakaian ala 50-an seperti skirt hitam paras lutu atau betis (jenis berzip di kedua-dua belah sisi), bju ‘sleeveless’ ketat warna putih atau ‘sweater’ petak-petak dan ray-ban berbentuk seperti mata kucing. Tarian ska ini juga dikatakan telah mula dicemari dengan aksi-aksi ganas Rude Boys seperti ‘slamming’, ‘moshing’, ‘body-passing’ dan ‘stage-diving’.

     Ianya nyata amat berbeza dengan gerak tari tarian ska original seperti ‘Black Skank’ dan ‘Rootsman Skank’ yang mula-mual dipersembahkan oleh Ronnie Nasralla dan Janette Philips (di mana kedua-dua mereka ini adalah penari) pada tahun 1964 (di mana pada tahun ini ska dan tariannya telah diperkenalkan diperingkat antarabangsa di World’s Fair, New York oleh deligasi Jamaica yang turut disertai oleh Byron Lee dan The Dragonaires, Jimmy Cliff dan Prince Buster). Kegemilangan “Second Wave Ska Revival” dikatakan berakhir pada tahun 1985 dengan kejatuhan Two-Tone Records. Jarry Dammers telah menjual syarikat tersebut kepada Chrysalis Records yang kemudiannya mula mengambil band-band baru seperti The Swinging Cats dan The Friday Club serta menerbitkan satu single nyanyian Elvis Costello. Walaupun era ‘revival’ ska ini begitu ‘heppening’ di Britain, Eropah dan juga sedikit di Australia, ianya tidaklah begitu diterima di Amerika (pada mulanya). Sebagai contoh, Madness dan The Specials dianggap sebagai “too English” mungkin kerana lirik yang tidak sesuai dengan keadaan di Amerika. Di samping itu, pengaruh punk “The Class of 77” dan “stadium rock” dikatakan lebih kuat berbanding ska sekitar 1979 dan lewat 80-an. Namun demikian satu gerakan yang menyerupai “Two-Tone Movement” telah ditubuhkan di Amerika pada tahun 1989. Ia dekenali sebagai “The Syndicate” dan disertai oleh band-band ‘multi-racial’ yang merangkumi golongan minoriti seperti Latin dan Yahudi.




*Thanks t0 Hakim for the kn0wledge. :X